Skip to main content

Filem-filem MCU kini berada dalam fasa ketiga. Di mana, fasa ini setakat ini mempunyai 10 filem termasuk Avengers: Endgame dan juga merupakan fasa dengan paling banyak filem. Fasa pertama dan kedua, hanya mempunyai enam filem setiap fasa.

Tidak cukup dengan itu, Kevin Feige iaitu Presiden Marvel Studio telah mengesahkan yang filem Avengers: Endgame bukanlah penutup atau penamat buat fasa ketiga. Filem terakhir fasa ketiga adalah Spider-Man: Far From Home. Ini secara tidak langsung menjadikan filem Spider-Man ini adalah filem ke sebelas dalam fasa ketiga.

Jika Spider-Man: Far From Home bukan filem pembukaan fasa keempat, ini bermakna tiada lagi filem pembukaan fasa keempat yang diumumkan secara rasmi. Cadangan minit akhir Kevin Feigi ini agak mengejutkan. Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama Marvel bertindak seperti ini. Pada fasa kedua, ramai menjangkakan yang filem Avengers: Age of Ultron adalah penamat fasa tersebut. Namun, Marvel menayangkan filem Ant-Man sebagai penutup fasa kedua.

Dalam filem Ant-Man, terdapat adegan lepas kredit buat filem pembukaan fasa ketiga – Captain America: Civil War. Ada kemungkinan besar, filem Spider-Man: Far From Home kelak turut akan mempertontonkan adegan lepas kredit filem pertama fasa keempat yang dikatakan akan ditayangkan pada Mei 2020.

Leave a Reply