Informasi Permainan Video Terkini
Sony Akan Melancarkan Dokumentari Pembangunan God Of War Di Youtube

Sony Akan Melancarkan Dokumentari Pembangunan God Of War Di Youtube

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

April tahun lepas, satu dunia dikejutkan dengan pelancaran God Of War yang mana ianya merupakan permainan terbaik bagi tahun 2018 bagi kami. Sempena dengan ulang tahun pertamanya, Sony dan Santa Monica Studio mengumumkan pelbagai penghargaan dan juga tema khas untuk Playstation 4.

Terkini, Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan satu dokumentari khas yang mana ianya bertajuk ‘Raising Kratos’ dan ia akan memfokuskan bagaimana Santa Monica Studio membangunkan permainan tersebut.

Antara video acah yang diperlihatkan adalah bagaimana pengarah kreatif permainan tersebut, Cory Barlog mengarah adegan-adegan yang terdapat di dalam permainan tersebut dan juga penampilan watak-watak pelakon suara latar seperti Christopher Judge dan Sunny Suljic.

Buat masa ini, dokumentari penuh masih belum dilancarkan dan kami pasti akan berkongsinya setelah Sony melancarkannya kelak.


TIPS & ULASAN