Skip to main content

Siri TV ‘Gotham” sudah pun berada di musim kelima dan terakhir. Episod terkahir, iaitu episod ke-12 akan disiarkan bermula minggu ini dengan judul “The Beginning…“. Epsidod ini dikatakan akan mempertontonkan adegan imbas hadapan (flash forward), 10 tahun selepas situasi yang berlaku pada episod 11.

https://youtu.be/XNFRMXOPoCU

Jika 10 tahun ke hadapan, ini bermakna semua watak remaja seperti Bruce Wayne, Selina Kyle, anak James Gordon – Barbara Gordon sudah membersar dan watak-watak jahat akan menjadi diri mereka yang sebenar. Dalam video acah ini, ia telah memperlihatkan beberapa adegan mengejutkan. Antara yang jelas kelihatan adalah, Oswald Cobblepot lakonan Robin Lord Taylor telah menjadi Penguin yang sebenar – di mana watak beliau kini mirip watak komik yang ikonik.

Kemudian, turut kelihatan watak Edward Nygma lakonan Cory Michael Smith yang kini berubah menjaid The Riddler versi penuh. Kostum beliau juga kini berwarna hijau dengan tanda-tanda soal. Turut kelihatan jelas adalah Catwoman (Selina Kyle) versi dewasa. Catwoman tidak lagi dilakonkan oleh Camren Bicondova, kerana memberi peluang kepada Lili Simmons untuk memainkan watak Catwoman yang dewasa.

Paling menarik adalah (tiada dalam video acah), watak Commissioner Gordan kini telah bermisai. Ini adalah James Gordon yang ramai kenal seperti dalam filem animasi dan filem-filem lain. Sudah tentu, Batman turut akan muncul dalam episod akhir ini. Cuma, di sebalik kostum bukanlah pelakon asal David Mazouz – beliau cuma akan melakonkan suara dan sebahagian wajah beliau akan diCGIkan sahaja. Awal video acah, ia dilihat seolah mengimbau kembali filem Batman Begin – iaitu filem pertama dalam trilogi The Dark Knight.

Jika ada Batman, mesti ada Joker. Jeremiah Valeska yang sudah dipenjarakan dilihat telah membebaskan diri dan berubah menjadi Joker. Turut kelihatan adalah imbasan watak Harley Quinn. Episod akhir ini mungkin akan menjadi episod terbaik dan memuaskan buat siri TV ‘Gotham’. Ia akan disiarkan melalui Warner TV di Malaysia 26 April ini, iaitu serentak dengan siaran Hulu atau Fox di Amerika Syarikat.

Leave a Reply