Informasi Permainan Video Terkini
Adidas Bakal Melancarkan Siri Kasut “Heroes Among Us” Sempena Avengers: Endgame

Adidas Bakal Melancarkan Siri Kasut “Heroes Among Us” Sempena Avengers: Endgame

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

Avengers: Endgame bakal tiba ke layar perak dua hari lagi. Untuk itu, Adidas bakal melancarkan kasut bertemakan filem ini, di bawah siri “Heroes Among Us”. Kasut-kasut ini adalah berdasarkan lima adiwira dalam filem-filem MCU dan Adidas turut menjadikan lima bintang atlet bola keranjang mereka sebagai wakil kepada adiwira-adiwira filem ini.

Iron Man, Black Panther, Captain America, Captain Marvel dan Nick Fury adalah lima adiwira MCU dan James Harden, Damian Lillard, John Wall, Candace Parker dan Tracy McGrady pula adalah lima atlet tadi yang mewakili adiwira-adiwira tadi. Kasut-kasut yang bakal dilancarkan adalah;

  • Marvel’s Iron Man | Harden Vol 3
  • Marvel’s Black Panther | Dame 5
  • Marvel’s Captain America | N3XT L3V3L
  • Marvel’s Nick Fury | TMAC 1
  • Marvel’s Captain Marvel | Pro Vision

Menariknya, kasut-kasut ini turut akan dilancarkan di Malaysia pada 24 April ini. Cuma, di Malaysia hanya tiga jenis sahaja yang akan dijual secara ramsi dan dua lagi adalah terhad buat pasaran luar negara. Sebagai seorang peminat filem-filem MCU dan juga peminat kasut Adidas, siri “Heroes Among Us” ini adalah wajib untuk dibeli. Harga rasmi adalah; Marvel’s Iron Man – Harden Vol. 3 (RM700), Marvel’s Black Panther – Dame 5 (RM550) dan Marvel’s Captain America – N3XT L3V3L (RM780).

Adakah anda pembaca Aksiz bakal membeli kasut-kasut ini? Jika ya, mari kita sama-sama memakainya sambil ke panggung 24 April ini untuk menonton Avengers: Endgame.


TIPS & ULASAN