Informasi Permainan Video Terkini
Rekaan Unit Yang Di Naik Taraf Untuk Command & Conquer Remastered Diperlihatkan

Rekaan Unit Yang Di Naik Taraf Untuk Command & Conquer Remastered Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 21, 2019 oleh .

Tahun lalu permainan Command and Conquer Remastered diumumkan dan dibangunkan oleh Petroglyph Studio yang ditubuhkan oleh bekas pekerja Westwood Studio. Permainan ini amat dinantikan oleh kami kerana ia adalah antara yang paling berpengaruh dalam mempopularkan genre RTS yang harus diakui kini hampir pupus.

Menerusi laman Reddit dua hari yang lalu, rekaan unit pertama yang dinaiktaraf akhirnya diperlihatkan. Ia adalah unit Construction Yard yang bertanggungjawab menghasilkan unit-unit lain. Jelas kelihatan rekaan baharu ini mengekalkan banyak rekaan asal dengan perubahan dari segi ketajaman kualiti grafik yang bakal menyokong resolusi 4K. Pihak EA berkata mereka sedang proses membangunkan mod multi pemain dan memuktamadkan rekaan kesemua unit-unit yang bakal digunakan.

Secara peribadi kami tidak sabar menantikan versi remastered ini kerana ia pasti akan membolehkan kami menaiki mesin masa ke tahun 1995 semasa kami masih berumur 16 tahun. Sungguh banyak masa telah berlalu.


TIPS & ULASAN