Skip to main content

Seperti kami laporkan sebelum ini, pusingan kelayakan untuk Fortnite World Cup bermula minggu ini. Dengan hadiah ditawarkan melebih RM4 juta setiap minggu, serta ia dibuka kepada semua pemain, boleh dijangkakan akan terdapat pemain yang cuba menipu.

Epic hari ini mengumumkan yang setakat ini mereka sudah mengharamkan 1100 akaun yang didapati menipu semasa pusingan kelayakan tersebut. Daripada jumlah tersebut 200 akaun adalah pemenang hadiah (hadiah ditarik balik). Kesalahan akaun-akaun tersebut adalah bermain di lebih daripada satu rantau. Akaun-akaun tersebut diharamkan daripada bermain secara kompetitif selama 14 hari.

Selain itu terdapat juga 48 akaun yang diharamkan kerana perkongsian akaun (8 adalah yang memenangi hadiah), 8 akaun diharamkan kerana bekerjasama (bermain secara berkumpulan semasa perlawanan solo). 1 akaun diharamkan selamanya kerana menggunakan perisian menipu. 1 akaun diharamkan selama 72 jam kerana sengaja keluar daripada permainan sebelum dibunuh.

Pertandingan terbuka seperti yang dianjurkan ini sudah semestinya akan menarik pemain yang tidak beretika, sekurang-kurangnya Epic Games mempunyai kebolehan untuk memastikan keadaan terkawal.

Leave a Reply