Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan Transistor Secara Percuma Melalui Epic Games Store
PC

Dapatkan Transistor Secara Percuma Melalui Epic Games Store

Diterbitkan pada Apr 21, 2019 oleh .

Dua minggu sudah berakhir, The Witness yang ditawarkan percuma sebelum ini sudah tidak lagi boleh ditebus, namun Epic Games Store menggantikannya dengan permainan Transistor pula.

Transistor merupakan permainan yang dibangunkan oleh Supergiant Games yang juga merupakan pembangun untuk Bastion. Ia dikeluarkan pada tahun 2014 dan merupakan permainan aksi pengembaraan yang mempunyai elemen strategi. Selain mempunyai penceritaan yang menarik, ia juga disertakan dengan muzik latar yang mengasyikkan.

Tawaran percuma ini adalah sehingga 2 Mei dan selepas itu Epic Games Store akan menawarkan World of Goo pula secara percuma.


TIPS & ULASAN