Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Konami akan melancarkan tiga koleksi permainan klasik yang mana ianya adalah permainan Arcade Classic, Castlevania Anniversary Collection dan Contra Anniversary Collection. Koleksi permainan tersebut adalah sempena ulang tahun ke-50 buat syarikat tersebut.

Terkini untuk permainan Castlevania, Konami akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya di mana ianya bakal tiba 16 Mei 2019 ini dengan harga $19.99(~RM83) buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Melalui koleksi permainan tersebut, Konami akan menyertakan lapan permainan klasik Castlevania yang terdiri daripada:

  • Castlevania
  • Castlevania II: Simon’s Quest
  • Castlevania III: Dracula’s Curse
  • Super Castlevania IV
  • Castlevania The Adventure
  • Castlevania II: Belmont’s Revenge
  • Castlevania Bloodlines
  • Kid Dracula

Bersempena dengan pelancaran itu, Konami juga akan menyertakan kandungan seperti galeri permainan, temu bual bersama pembangun dan arkib karya rekaan permainan.

Bagi anda yang meminati siri Castlevania, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi permainan ini menjelang Mei ini.

Sohor Kini