Dengan berakhirnya permainan The Walking Dead: The Final Season bulan lepas, siri permainan tersebut sememangnya terpahat di hati peminat dengan pengembaraan Clementine sepanjang permainan tersebut.

Terkini, Skybound Games iaitu pengeluar dan pembangun permainan tersebut selepas Telltale Games Studios ditutup, mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan The Walking Dead: The Telltale Definitive Series menjelang September ini.

The Walking Dead: The Telltale Definitive Series akan menyertakan keempat-empat musim The Walking Dead dari musim pertama sehinggalah musim terakhir. Selain itu, edisi ini juga akan menyertakan DLC The Walking Dead lain seperti The Walking Dead: Michonne yang mana menurut Skybound, ianya akan menyertakan lebih dari 50 jam kandungan permainan dengan 23 episod. Selain itu, menurut Skybound Games, mereka juga akan tingkatkan visual grafik dengan beberapa adegan tambahan sebalik takbir dan paparan antara muka klasik.

Selain itu, Skybound Games juga akan melancarkan 3 edisi terhad khas iaitu Protector Pack, Guardian Pack dan Signature Pack di mana setiap satunya mempunyai kandungan yang berbeza seperti Tshirt, figura dan sebagainya.

Namun dukacitanya, edisi Signature Pack telah pun habis dipra-tempah. Tetapi dua lagi versi yang lain masih lagi boleh dibeli melalui laman rasmi Skybound Games. Buat masa ini, Skybound Games menyatakan bahawa edisi terhad tersebut akan dilancarkan September ini dan pra-tempahannya akan ditutup pada 31 Mei kelak.

Manakala bagi anda yang tidak berpeluang untuk mendapatkan edisi terhad tersebut, Skybound Games juga menyatakan bahawa edisi biasa akan dilancarkan menjelang September ini di Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini