Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Krypton Musim Kedua – Kesinambungan Kisah Datuk Superman

Ini Adalah Video Acah Krypton Musim Kedua – Kesinambungan Kisah Datuk Superman

Diterbitkan pada Apr 19, 2019 oleh .

Krypton adalah siri TV mengisahkan atuk kepada Superman, Seg-El. Jalur mana siri TV ini berlaku sebelum plnet kelahiran Superman, Krypton musnah. Siri inu turut menampilkan penjahat hebat seperti Zod, Braniac dan Doomsday dan juga watak baik seperti Adam Strange.

Dalam musim kedua, Braniac dilihat telah bebas dari Phantom Zone, Zod teruskan menakluk planet Krypton dan Seg teruskan untuk menewaskan para penjahat. Dalam musim kedua ini, turut kelihatan pengenalan watak baru – Lobo yang juga dikenali sebagai Main Man.

Lobo adalah sejenis makhluk asing yang bekerja sebagai pemburu upahan. Beliau telah diupah untuk memburu Seg, Adam Strange dan juga Braniac. Musim kedua ini turut akan memfokuskan Zod yang ingin membina semula Krypton mengikut ideologi beliau dan Seg yang ingin mengumpulkan ahli untuk pasukan penentang kepada Zod. Krypton musim kedua akan disiarkan di 12 Jun 2019.


TIPS & ULASAN