Informasi Permainan Video Terkini
Santa Monica Studio Umum Kolaborasi Bersama Mondo Sempena Ulang Tahun Pertama God Of War

Santa Monica Studio Umum Kolaborasi Bersama Mondo Sempena Ulang Tahun Pertama God Of War

Diterbitkan pada Apr 19, 2019 oleh .

Dengan ulang tahun pertama buat permainan terbaik bagi tahun 2018, Santa Monica Studio hari ini mengumumkan yang mana mereka bekerjasama bersama Mondo untuk melancarkan set barangan rasmi khas seperti poster, pin dan juga figura Kratos.

Menurut mereka, ketiga-tiga barangan tersebut akan dilancarkan sekitar penghujung bulan ini dan bagi anda yang ingin membuat tempahan dan mengetahui informasi lanjut berkenaannya, anda boleh ke pautan rasmi Mondo. Mereka juga sebelum ini berkongsi satu video acah khas penghargaan buat permainan God Of War di mana anda boleh membacanya di pautan ini.

Tambahan itu, seperti yang dilaporkan oleh kami semalam. Tema khas God Of War dan avatar watak buat Playstation 4 kini boleh dimuat-turun di mana anda boleh ke pautan dibawah untuk memuat-turunnya secara percuma.

Tema Playstation 4: God Of War

Avatar Playstation Network: God Of War



TIPS & ULASAN