Criterion Games hari ini mengumumkan bahawa pelayan rasmi buat Burnout Paradise yang dilancarkan pada 2008 lepas akan dihentikan pada 1 Ogos ini.
Ini sekaligus, bagi mereka yang masih bermain permainan tersebut di Playstation 3, Xbox 360 ataupun PC, fungsi atas-talian buat permainan tersebut tidak lagi boleh di akses. Namun, pemain masih lagi berupaya untuk bermainnya secara luar-talian.
Tambahan itu, pengumuman ini tidak akan memberi kesan untuk permainan Burnout Paradise Remastered yang baru sahaja dilancarkan tahun lepas.
Sememangnya ini adalah pengumuman yang tidak mengejutkan memandangkan permainan tersebut sudah berusia lebih dari 10 tahun dan pada masa yang sama mereka juga melancarkan versi pernambah-baikkan buat konsol generasi terkini. Walaupun bagi anda yang masih main permainan tersebut, pastikan anda melengkapkan kesemua kejayaan dan trofi di konsol pilihan anda sebelum Ogos ini.