Informasi Permainan Video Terkini
Sesi Rakaman Sinematik Buat The Last Of Us Part II Kini Selesai

Sesi Rakaman Sinematik Buat The Last Of Us Part II Kini Selesai

Diterbitkan pada Apr 19, 2019 oleh .

Naughty Dog hari ini mengumumkan yang mana sesi rakaman sinematik buat permainan The Last Of Us Part II akhirnya selesai.

Melalui kuciran rasmi mereka di Twitter, Neil Druckmann, iaitu pengarah permainan tersebut berkongsi satu imej Troy Baker dan Ashley Johnson dengan menyatakan bahawa rakaman mereka sudah selesai.

Selain itu, di akaun Twitter rasmi Naughty Dog pula, mereka menyatakan bahawa kesemua rakaman sinematik telah pun selesai dan mereka kini berada di pasca-pembangun untuk menghasilkan rakaman-rakaman tersebut kepada bentuk permainan.

Sememangnya buat masa ini, sebarang informasi lanjut seperti tarikh pelancaran dan sebagainya masih belum diumumkan. Semestinya kami akan kemaskini jika terdapat sebarang pengumuman berkenaannya.

Bagi anda yang tidak sabar untuk menanti permainan tersebut, anda boleh menonton video acah yang dipertontonkan tahun lepas untuk melepas rindu watak Ellie dan pada masa yang sama melihat aksi sinematik yang sangat cantik sekali oleh Naughty Dog.

The Last Of Us Part II merupakan permainan seterusnya untuk The Last Of Us yang dilancarkan pada 2013 lepas. Permainan tersebut kemudian mendapat versi pernambah-baikkan di Playstation 4 dan kami sebelum ini juga berkongsi kenapa permainan The Last Of Us merupakan satu permainan yang boleh digelarkan satu karya seni. Bagi anda yang ingin membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.


TIPS & ULASAN