2003 lepas, XIII merupakan satu permainan penembak pandang pertama yang mendapat perhatian ramai kerana ianya mempunyai bentuk visual yang sangat unik dengan penggunaan grafik ‘cel-shaded’. Ianya juga terkenal kerana ia adalah adaptasi daripada grafik novel XIII oleh Jean Van Hamme.
Terkini, Microids dan PlayMagic mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan menjelang November ini.
Melalui permainan XIII, pemain akan bermain sebagai seorang askar yang bernama XIII di mana beliau telah hilang ingatan dan dituduh sebagai pembunuh presiden Amerika Syarikat. Untuk membuktikan bahawa pemain tidak bersalah, pemain mesti mencari klu dan menyelesai misteri pembunuhan tersebut untuk membersihkan nama pemain.

Menurut pembangun, XIII kali ini bukan sahaja akan diterjemahkan semula untuk konsol generasi kini, malah mereka juga akan membuat pernambah-baikkan visual yang baik dan pada masa yang sama memastikan bentuk permainannya adalah sesuai untuk pemain moden.
Semestinya ini adalah satu pengumuman yang menarik sekali terutamanya buat mereka yang pernah bermain permainan ini lebih dari 15 tahun lepas di konsol Playstation 2.
Menurut Microids, permainan XIII yang dipernambah-baikkan tersebut bakal tiba 13 November 2019 ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.