Kami sebelum ini melaporkan yang Santa Monica Studio menyediakan tema khas dan juga set Avatar untuk akaun PSN bersempena ulang tahun pertama permainan God of War, namun, ia hanya disertakan untuk pengguna di benua Amerika dan Eropah.

Melalui kicauan di akaun Twitter rasmi, Playstation Asia mengumumkan yang tema dan avatar tersebut akan tiba ke benua Asia bermula 19 April iaitu esok dan boleh dimuat turun secara percuma untuk pelanggan PS Plus.

Selain itu permainan itu juga akan dijual dengan harga diskaun, buat masa ini tiada pengesahan kadar diskaun yang ditawarkan. Kita hanya perlu menanti apabila ia tersenarai esok.

Sohor Kini