Skip to main content

Triple Chain: Strategy & Puzzle RPG merupakan permainan mudah alih RPG yang menyertakan elemen strategi dan juga tekaria. Permainan tersebut boleh dimuat turun bermula 22 April kelak untuk versi alfa melalui Play Store. Buat masa ini tiada pengesahan untuk versi iOS.

Permainan ini akan disertakan pelbagai cabaran melalui mod cerita yang akan turut memberikan pelbagai penceritaan yang berbeza di setiap peta yang berlainan. Ia juga akan mempunyai pertempuran akhir dengan ketua penjahat yang akan memberikan pelbagai ganjaran.

Setiap pertempuran akan memerlukan strategi untuk menghasilkan serangan yang paling kuat dan efektif. Triple Chain akan menyertakan 6 kelas Hero yang berbeza iaitu Warrior, Mage, Healer, Tanker, Specialist dan Dancer. Terdapat juga pelbagai watak Hero yang pemain boleh dapati sepanjang bermain.

Selain mod cerita, ia juga akan menyertakan mod PvP membolehkan pemain bertempur dengan pemain lain. Permainan ini boleh mula dimuat turun bermula 22 April ini melalui Play Store dan memerlukan telefon pintar yang mempunyai sekurang-kurangnya 2GB ram dan menjalankan sistem operasi Android Kit Kat dan yang terbaru.

Untuk maklumat lanjut mengenai Triple Chain: Strategy & Puzzle RPG anda boleh layarai laman FB Cubizone: https://www.facebook.com/CubizonePlay/

Leave a Reply