Nampaknya makin bertambah adiwira muncul di dunia. Namun, dunia yang saya maksudkan akan adalah dunia siri TV, filem atau juga platform penstriman. Mana ada adiwira sebenar wujud di dunia realiti. Pasukan adiwira terbaru yang bakal disiarkan dalam bentuk siri TV adalah The Boys.
[warning] AMARAN! Video Acah Ini Mengandungi Kandungan Yang Mengerikan Dan Bahasa Kasar (NSFW) [/warning]The Boys diadaptasi dari komik Dynamite Entertainment, karya Garth Ennis. The Boys ini mengisahkan satu pasukan dari operasi khas CIA untuk menjaga keamanan dunia. Namun, tahun demi tahun terdapat masalah antara setiap ahli – sehinggalah satu hari mereka tubuhkan organisasi persendirian dan tidak lagi berkhidmat di bawah kerajaan. Tujuan asal The Boys juga telah terpesong jauh.

Untuk siri TV, ia diarahkan oleh Seth Rogen yang terkenal dengan aksi lakonan lucu dan juga telah mengarah beberapa siri TV dan juga filem. Selain Seth, Evan Goldberg turut sertai beliau untuk bantu – di mana Evan terkenal dengan menghasilkan filem komedi 18 tahun. Akhir sekali, Eric Kripke – yang terkenal sebagai penulis dan penerbit siri TV Supernatural. Salah seorang pelakon siri TV ini adalah Karl Urban yang memainkan watak sebagai Billy Butcher.
Dalam siri TV ini, bukan sahaja The Boys akan tampil tetapi pasukan The Seven turut akan tampil. Dalam siri TV ini, fokus mereka adalah menumpaskan adiwira lain yang menyalahgunakan kuasa mereka. Siri TV ini akan disiarkan di Prime Video pada musim panas kelas. Namun tidak pasti jika siri TV ini terhad di Amerika Syarikat atau turut boleh disaksikan secara global.