Informasi Permainan Video Terkini
DLC Pertama One Piece: World Seeker Menjadikan Zoro Sebagai Watak Utama
PC

DLC Pertama One Piece: World Seeker Menjadikan Zoro Sebagai Watak Utama

Diterbitkan pada Apr 18, 2019 oleh .

Bandai Namco hari ini berkongsi maklumat lanjut mengenai DLC pertama untuk One Piece: World Seeker. DLC tersebut akan menjadikan Roronoa Zoro sebagai watak utama.

Penceritaan di dalam DLC tersebut adalah berbeza dengan penceritaan permainan asal di mana ia akan berlaku di Secret Factory yang terletak di bawah Jail Island.

DLC tersebut akan dikeluarkan suku ketiga tahun ini di Jepun yang akan dijual dengan harga ¥1000 (~RM32) ataupun melalui pas semusim dan buat masa ini tiada pengumuman untuk pengeluaran secara global.

One Piece World Seeker sudah dikeluarkan pada 15 Mac 2019 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN