Informasi Permainan Video Terkini
Swamp Thing Diperlihatkan Dalam Video Acah Pendek – Bakal Disiarkan Di DC Universe 31 Mei

Swamp Thing Diperlihatkan Dalam Video Acah Pendek – Bakal Disiarkan Di DC Universe 31 Mei

Diterbitkan pada Apr 18, 2019 oleh .

DC Universe adalah platform penstriman pelbagai siri TV, filem dan kandungan eksklusif daripada DC. DC Universe boleh dikatakan adalah Netflix untuk kandungan DC sahaja dan mereka turut mempunyai kandungan istimewa.

Siri TV terbaru yang bakal disiarkan adalah Swamp Things. Siri ini akan mengisahkan pasangan kekasih Abby Arcane dan Alec Holland. Alec adalah seorang saintis dan Abby adalah seorang penyiasat (belum disahkan). Abby sedang menyiasat satu virus yang berkait dengan hutan paya dan Alec pula ditimpa kemalangan dan telah mati. Abby sedar yang virus tadi adalah biasa dan mungkin boleh selamatkan Alec.

Dalam komik, asal usul Swamp Thing agak serabut. Ini kerana, terdapat empat versi Swamp Thing dari nama yang berbeza. Namun, DC dilihat teruskan legasi Swamp Thing dengan menggunakan sahaja nama Alec Holland. DC tidak memberitahu kepada umum yang siri TV ini adalah berdasarkan komik Swamp Thing yang mana. Kajian yang saya lakukan berdasarkan sinopsis rasmi adalah, berkemungkinan besar ia adalah berdasarkan dari komik lama The House of Secrets yang digabungkan dengan The Saga of the Swamp Thing.

Bagi yang masih keliru apa itu Swamp Thing, ia adalah sejenis makhluk bertemakan hutan paya atau alam semula jadi. Makhluk ini mempunyai tangungjawab untuk melindungi tumbuhan hijau dari ancaman. Jika The Flash ada Speed Force, Swamp Thing ada The Green – satu tenaga, atau entiti yang mengawal kuasa misteri mereka. Swamp Thing juga mempunyai kuasa-kuasa unik seperti jangka hayat panjang, adi-kuat, kalis racun, menghidupkan semula manusia, menduakan diri dan juga boleh tumbuh semula.

Swamp Thing bakal disiarkan di DC Universe bermula 31 Mei kelak. Namun ia terhad di beberapa negara terpilih sahaja. Untuk saksikan Swamp Thing secara halal, anda boleh langgan dan kemudian gunakan perkhidmatan VPN yang premium.


TIPS & ULASAN