Skip to main content

SEGA sebelum ini mengumumkan yang permainan Judgment untuk pasaran global tidak akan ditunda walaupun penjualan di Jepun dihentikan kerana pelakon serta model untuk watak Kyohei Hamura didapati bersalah atas kesalahan penggunaan dadah.

Namun, mereka mengumumkan yang watak tersebut akan diubah sebelum ia dipasarkan. Melalui kicauan oleh pembangun permainan tersebut, rekaan muka baharu untuk watak tersebut diperlihatkan. Selain itu suara berbahasa Jepun juga akan ditukar manakala untuk suara bahasa Inggeris terus dikekalkan.

Judgment akan dikeluarkan untuk Playstation 4 pada 25 Jun 2019.

Leave a Reply