Sebelum ini kami berkongsi pandang pertama untuk permainan Masquerada: Songs And Shadows yang mana ianya dilancarkan sebelum ini di Playstation 4, Xbox One dan PC.
Terkini Ysbryd Games dan Witching Hour Studios akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut akan tiba di Switch pada 9 Mei 2019 ini secara digital melalui Nintendo eShop.
Bagi anda yang tidak pernah mengetahui berkenaan permainan ini, Masquerada: Songs And Shadows merupakan permainan yang dibangunkan oleh Witching Hour Studios dari Singapura.
Permainan ini memfokuskan bentuk aksi dalam bentuk kamera isometrik. Menariknya, pemain akan bertempur dengan pelbagai jenis musuh dan pada masa yang sama mempunyai bentuk kemahiran yang pelbagai. Ianya juga mempunyai satu bentuk taktikal yang membenarkan pemain untuk mengarah dan mengawal bentuk perlawanan pasukan pemain.
Ketika saya mencuba tahun lepas, permainan ini sememangnya mempunyai satu bentuk yang sangat menarik sekali. Dengan tibanya permainan ini di konsol Switch, semestinya ianya menarik untuk mereka yang ingin bermainnya secara mudah alih.