Skip to main content

Disney dan Marvel mempunayi siri TV tersendiri yang berkait secara terus dengan dunia MCU. Begitu juga Fox, yang mempunyai siri TV ‘The Gifted’ yang berkait secara terus dengan francais X-Men.

Siri TV ‘The Gifted’ ini berlaku di jalur masa sebelum berlakunya filem Logan. Di mana, ia berada di masa hadapan selepas manusia normal dan kerajaan mula tidak menerima mutant dengan lebih serius. Siri TV ini kini telah dibatalkan dan menjadikan musim kedua dengan 16 episod ini adalah musim terakhir.

Menurut laporan, siri TV ini dibatalkan kerana tidak mempunyai sambutan hangat seperti musim pertama. The Gifted musim kedua hanya menerima dua juta penonton dan kadar mata (rating) serendah 0.6 sahaja. Tidak lupa juga, Fox telah dibeli oleh Disney. Ada kemungkinan besar, Disney tamatkan francais ini kerana kelak di masa hadapan mungkin francais X-Men akan diolah semula untuk disertakan dalam MCU.

Leave a Reply