Deep Silver dan Volition hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Saints Row: The Third Full Package ke konsol Switch pada 10 Mei 2019 ini.
Saints Row: The Third asalnya dilancarkan di PC, Playstation 3 dan Xbox 360 pada tahun 2011 lepas. Permainan tersebut memfokuskan bentuk aksi penembak dengan dunia terbuka.
Kini dengan versi Switch, Deep Silver menyatakan bahawa mereka akan menyertakan permainan tersebut dengan kesemua kandungan sebelum ini dan pada masa yang sama menyertakan mod koperasi khas yang pemain boleh mainkan secara luar-talian dan juga atas-talian.
Bagi anda yang meminati siri Saints Row, semestinya dengan pelancarannya di konsol Switch merupakan satu pengumuman yang menarik sekali di mana anda akan berupaya untuk membuat kekacauan di dalam dunia permainan tersebut secara mudah-alih.
Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan permainan Saints Row: The Third The Full Package menjelang Mei ini di konsol Switch.