Informasi Permainan Video Terkini
Picross S3 Diumumkan Buat Switch – Bakal Tiba Minggu Hadapan

Picross S3 Diumumkan Buat Switch – Bakal Tiba Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Apr 18, 2019 oleh .

Jupiter hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali permainan Picross S ke konsol Switch dengan permainan ketiga buat konsol tersebut iaitu Picross S3. Permainan tersebut akan dilancarkan pada 25 April 2019 secara digital melalui Nintendo eShop.

Bagi anda yang baru dengan siri Picross, ianya adalah permainan tekaria yang memerlukan pemain untuk meneka bilangan blok berdasarkan petunjuk nombor-nombor yang diperlihatkan melalui luar kotak tekaria tersebut.

Menariknya, setelah pemain berjaya menyelesaikan satu tekaria tersebut, Picross tersebut akan mempamerkan sebilangan imej-imej yang menarik.

Melalui Picross S3 kali ini, Jupiter menjanjikan sebanyak 300 tekaria yang akan disediakan dengan pelbagai bentuk Picross tekaria yang berbeza bersama animasi-animasi yang menarik.

Sememangnya permainan Picross merupakan siri permainan tekaria yang sangat menarik sekali. Namun, sebagai seorang penggemar Picross, saya lebih menyukai permainan Picross 3D yang dilancarkan sebelum ini Nintendo. Namun, bagi anda yang berminat dengan permainan ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya menjelang minggu hadapan.


TIPS & ULASAN