Senarai Kesemua Watak-Watak DLC Buat Jump Force Diumumkan

Sebelum ini Bandai Namco mengumumkan bahawa terdapat 9 watak tambahan buat permainan Jump Force yang mana mereka bakal tiba secara DLC permainan. Dua daripadanya telah pun diumumkan iaitu Seto Kaiba dari siri Yu-Gi-Oh! dan juga All Might dari My Hero Academia.

Terkini, melalui laporan Gematsu, isu majalah V-Jump terkini telah menyenaraikan tujuh lagi baki watak-watak yang bakal tiba buat permainan tersebut iaitu:

  • Biscuit Krueger dari Hunter X Hunter
  • Hitsugaya Toushirou dari Bleach
  • Majin Buu dari Dragon Ball Z
  • Katsuki Bakugou dari My Hero Academia
  • Trafalgar Law dari One Piece
  • Grimmjow Jaegerjaquez dari Bleach
  • Madara Uchiha dari Naruto

Buat masa ini, tarikh pelancaran watak-watak tersebut masih belum diumumkan, tetapi kami percaya mereka bakal tiba secara berperingkat pada tahun ini bersama-sama dengan pernambahan lain seperti kostum untuk watak pemain dan sebagainya.

Jump Force merupakan permainan perlawanan oleh Bandai Namco yang memfokuskan pelbagai watak-watak anime seperti Dragon Ball, One Piece dan sebagainya. Ianya telah pun dilancarkan Februari lepas di \Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami sebelum ini juga telah mengulasnya di mana anda boleh membacanya dibawah.

Sohor Kini