Mac lepas, Square-Enix melancarkan satu permainan baharu berdasarkan dunia Front Mission iaitu Left Alive di konsol Playstation 4 dan juga PC. Kami di Aksiz juga sebelum ini mengulas permainan tersebut dan amat kecewa dengan bentuk permainannya yang rosak.

Terkini, Square-Enix akhir membaiki sebahagian kerosakan permainan tersebut dengan mengemaskini permainan tersebut dengan kemaskini 1.03 di mana ianya memperbaiki sebilangan pepijat dan juga pada masa yang sama menaik-taraf bentuk permainannya bersama-sama dengan tahap kesukaran yang lebih mudah.

Perkara pertama yang ditingkatkan oleh Square-Enix adalah pengenalan kepada mod kasual, iaitu tahap kesukaran yang lebih mudah. Melalui mod ini, serangan pemain akan ditingkat dan pada masa yang sama mengurangkan jumlah serangan musuh. Selain itu, mereka juga tingkatkan fungsi lain seperti had peluru dan ketahanan robot Wanzer. Menurut mereka, mod ini boleh digunakan ketika awal pilihan permainan ataupun ketika pertengahan permainan.

Selain itu, Square-Enix juga memperbaiki sebilangan keseimbangan buat permainan ini seperti mengurangkan ketepatan serangan musuh, kit pertolongan cemas dengan peluru yang lebih banyak, untuk kesemua tahap kesukaran permainan.

Dengan menyertakan sebilangan kemaskini ini, kami percaya permainan ini sememangnya memberi peluang untuk lebih ramai pemain mencubanya. Namun, ianya masih lagi mempunyai sebilangan masalah dari segi mekanik permainan itu sendiri dan di ulasan saya, saya berasa permainan ini tidak lagi boleh diselamatkan.

Walaupun begitu, bagi anda yang berminat, Left Alive telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC melalui Steam.

Sohor Kini