Hi-Rez Mengumumkan SMITE Blitz Untuk iOS Dan Android

Hi-Rez hari ini mengumumkan permainan SMITE Blitz untuk iOS dan Android. Ia merupakan permainan aksi-RPG yang membolehkan pemain membina pasukan daripada lebih 60 ‘Tuhan’ berdasarkan siri SMITE dengan kata lain ia adalah permainan ‘gacha’ versi SMITE.

Buat masa ini tiada tarikh pengeluaran yang diumumkan akan tetapi pemain boleh mencuba lebih awal melalui sesi percubaan versi alfa. Sesi ini bermula sekarang sehingga 1 Mei 2019. Pengguna iOS terhad kepada 10 ribu pemain pertama sahaja. Untuk mencubanya anda boleh layari laman SMITE Blitz: http://www.playsmiteblitz.com/

Bagi yang bermain SMITE, Hi-Rez turut mengumumkan yang pemain akan mendapat pelbagai barangan untuk SMITE apabila bermain SMITE Blitz, namun ia adalah dua permainan yang berlainan.

Sohor Kini