Sejak 2001, permainan Tropico telah dikeluarkan. Ia memberikan kuasa kepada pemain untuk menjadi El Presidente di sebuah negara kepulauan Caribbean yang memerintah secara kuku besi. Anda bebas melakukan apa sahaja di dalam permainan simulasi dan pengurusan negara ini. Selepas hampir 18 tahun menanti, pengguna iPhone akan boleh memuat turun permua ini pada 30 April.
Sebelum ini Tropico ditawarkan kepada pengguna iPad sahaja. Versi terkini ini telah dibangunkan khusus untuk iPhone dengan sokongan kawalan skrin sesentuh. Saiz muat turun ialah 3GB dengan peranti iPhone SE, 6S, 6S Plus, 7, 7 Plus, 8, 8 Plus, X, XS, XS Max Dan XR sahaja disokong pada waktu ini. Dengan Tropico anda boleh menjadi diktator republik pisang yang terbaik secara maya tanpa perlu menyonglap berbilion dana awam di dunia sebenar.