Square-Enix hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC pertama buat permainan Just Cause 4 iaitu Dare Devils Of Destruction pada 30 April 2019 ini.

Namun, bagi anda yang memiliki edisi Gold buat permainan tersebut, anda berupaya untuk bermainnya lebih awal, iaitu pada 24 April 2019. DLC tersebut merupakan DLC pertama untuk 3 pek DLC pernambahan yang bakal tiba buat permainan tersebut untuk tahun ini.

Melalui DLC ini, ianya akan memfokuskan bentuk kenderaan bersenjata di mana pemain akan berlumba dan bertempur pada masa yang sama di litar bermaut. Menariknya, menurut Square-Enix, DLC ini akan menyertakan 16 kenderaan bersenjata baharu dan pada masa yang sama bentuk mod perlumbaan khas yang tiba bersama DLC ini.

Just Cause 4 telah pun dilancarkan Disember tahun lepas di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami juga telah pun membuat ulasan penuh permainan tersebut di mana anda boleh ke pautan dibawah.

Sohor Kini