Tencent hari ini berkongsi penambahan yang akan disertakan melalui kemaskini 0.12.0 untuk PUBG Mobile yang akan tiba hari ini ataupun esok kepada semua pemain.

Antara penambahan yang disertakan adalah bahagian Event kini digelar sebagai bahagian EvoZone, mod ‘Survive Till Dawn’ yang tiba semasa kemaskini 0.11.0 akan berada di bawah bahagian ini bersama dengan satu mod baharu iaitu Darkest Night yang masih merupakan acara kolaborasi bersama Resident Evil 2.

Melalui Darkest Night, pemain perlu bertahan melawan zombi sepanjang malam, dan kesemua pasukan yang masih hidup apabila malam berakhir akan memenangi permainan tersebut.

Pemain juga kini boleh melihat permainan yang sedang dimainkan oleh rakan walaupun tidak menyertainya pada awal permainan bersama dengan penambah-baikkan lain.

Sohor Kini