Netflix melalui laporan kewangan mengumumkan yang siri The Umbrella Academy ditonton oleh 45 juta orang dalam masa sebulan. Menurut Netflix, sesuatu kandungan akan dikira sebagai “ditonton” apabila pengguna telah menonton 70% daripada episod pertama siri ataupun durasi filem.
Pengumuman sebegini adalah sesuatu yang baharu daripada Netflix kerana jumlah sesuatu siri ataupun filem ditonton bukanlah perkara yang sering dikongsikan oleh mereka. Namun, mengikut ketua kandungan Netflix Ted Sarandos, mereka akan berkongsi lebih kerap mengenai perkara ini di masa hadapan.
The Umbrella Academy merupakan siri Netflix yang dikeluarkan pada 15 Februari lepas, ia adalah berdasarkan komik berjudul sama yang dicipta oleh Gerard Way dan diterbitkan oleh Dark Horse Comics.