Seperti yang diumumkan sebelum ini, Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order bakal dilancarkan secara eksklusif di konsol Switch. Terkini, Team Ninja dan Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan tersebut 19 Julai 2019 ini.
Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order merupakan permainan aksi berdasarkan watak komik Marvel yang mana ianya diumumkan tahun lepas khas untuk konsol Switch.
Permainan tersebut akan menyertakan pelbagai watak seperti Iron Man, Wolverine, Spider-Man dan sebagainya. Menurut Nintendo, permainan ini akan mempunyai bentuk solo dan multi-pemain secara koperasi bersama dengan penceritaannya tersendiri. Permainan terakhir buat siri Marvel Ultimate Alliance sebelum ini dilancarkan hampir 10 tahun lepas di era Playstation 2.

Bersempena dengan itu, Nintendo juga berkongsi imej paparan untuk kotak permainan tersebut yang memperlihat watak-watak adiwira Marvel di kulit kotaknya.
Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan permainan Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order menjelang Julai ini.