Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah ‘Godspeed’ Dalam Siri TV The Flash

Ini Adalah ‘Godspeed’ Dalam Siri TV The Flash

Diterbitkan pada Apr 16, 2019 oleh .

Ura-ura mengenai Godspeed bakal hadir dalam siri TV The Flash sudah kedengaran sejak berbulan lamanya. Setelah berbulan menanti, akhirnya – imej rasmi Godspeed telah diperlihatkan secara rasmi oleh The CW dan Warner Bros.

Bagi yang tidak kenal siapa itu Godspeed, wajah disebalik topeng Godspeed adalah August di mana beliau adalah sahabat kepada Barry iaitu The Flash. Sedar akan kehebatan kuasa beliau, beliau berpaling kepada kejahatan dan menjadi musuh paling berkuasa.

Godspeed mempunyai kuasa untuk memisahkan seorang Speedster dari Speed Force, di mana ini adalah sesuatu yang ramai Speedster inginkan – tiada hubungan dengan Speed Force. Namun, kuasa ini mampu membunuh seseorang Speedster. Episod 18 The Flash akan disiarkan di Amerika Syarikat bermula hari ini.


TIPS & ULASAN