Skip to main content

Sebentar tadi telah kami tulis satu artikel panjang, menjelaskan kenapa Avengers: Endgame adalah filem paling penting dalam MCU. Kami turut kongsikan infografik buat kesemua 21 filem MCU yang telah ditayangkan.

Kemudian, baru sahaja tadi Marvel telah terbitkan satu video baru bagi mempromosikan Avengers: Endgame. Video kali ini mengimbau kembali kesemua 21 filem dalam MCU sebelum Endgame. Video ini turut menggabungkan klip dari video promosi ‘TV Spot’ – ‘No Mistakes, Kids’ yang mana telah memperlihatkan babak Captain Marvel.

Satu minggu sahaja lagi untuk Avengers: Endgame ditayangkan kepada umum. Tarikh 24 April 2019 adalah tarikh bersejarah buat MCU, di mana filem ini dikatakan adalah filem penamat buat fasa ketiga sebelum Marvel teruskan fasa keempat dengan Spider-Man: Fr From Home.

Leave a Reply