Skip to main content

Tahun lepas, Blizzard mengadakan acara Uprising yang mana ianya adalah acara khas yang memfokuskan bentuk pemain bertempur musuh dan ianya memfokuskan penceritaan misi tersendiri.

Terkini, acara untuk tahun ke buat siri acara Uprising kembali dengan acara khas Storm Rising yang mana juga merupakan bentuk yang sama dan ia bakal tiba di semua platform permainan Overwatch, iaitu Playstation 4, Xbox One dan PC bermula hari ini, 16 April sehingga 6 Mei.

Seperti tahun lepas, acara Storm Rising kali ini akan memfokuskan bentuk penceritaan misi tersendiri yang memfokuskan pemain untuk bekerjasama bersama empat watak di dalam permainan ini iaitu Winston, Mercy, Tracer dan Genji. Melaluinya pemain perlu menculik Maximillien, iaitu ketua musuh daripada organisasi Talon. Namun pada masa yang sama, pemain juga akan diserang oleh musuh-musuh dan pemain perlu bekerjasama untuk memastikan kejayaan misi tersebut.

Selain itu, bagi anda yang menyertai acara ini, semestinya Blizzard akan menyertakan pelbagai ganjaran seperti kostum-kostum menarik yang anda boleh dapatkan.

Bagi anda yang bermain permainan Overwatch, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai acara mod permainan ini khas di Overwatch bermula hari ini.

Leave a Reply