Informasi Permainan Video Terkini
PUBG MOBILE Malaysia Nation Championship Diumumkan Untuk Musim Kedua – Pendaftaran Kini Dibuka

PUBG MOBILE Malaysia Nation Championship Diumumkan Untuk Musim Kedua – Pendaftaran Kini Dibuka

Diterbitkan pada Apr 16, 2019 oleh .

Awal tahun ini, pasukan Gank.Fty telah dinotbatkan sebagai juara untuk kejohanan PUBG Mobile Malaysia Nation Championship (PMNC) yang pertama yang melihat mereka membawa pulang RM20 ribu.

Hari ini, Tencent dengan tajaan Vivo dan Yoodo mengumumkan musim kedua untuk kejohanan tersebut. Kejohanan kali ini akan mempunyai hadiah terkumpul RM114 ribu dan menariknya berbanding tahun lepas pusingan kelayakan berlangsung di 4 negeri, kali ini 6 negeri akan terlibat.

6 negeri yang terlibat di dalam PMNC 2019 ini adalah Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Penang, Johor dan Sarawak. 2 pasukan terbaik daripada setiap negeri akan melayakan diri ke peringkat akhir bersama dengan 4 pasukan jemputan. Berikut adalah jadual untuk pusingan kelayakan;

  • Selangor – 27 April 2019 di Sunway Lagoon
  • Sabah – 25 Mei 2019 di Suria Sabah
  • Kuala Lumpur – 1 Jun 2019 di Sunway Velocity Mall
  • Penang – 15 Jun 2019 di Hin Bus Depot
  • Johor – 22 Jun 2019 di Paradigm Mall
  • Sarawak – 29 Jun 2019 di Emart Batu Kawa
  • Pusing Akhir – akan diumumkan kemudian

Pendaftaran untuk pusingan kelayan kini telah dibuka melalui laman PMNC: www.pubgmobile.com/MY/PMNC2019


TIPS & ULASAN