Skip to main content

Travis Strikes Again: No More Heroes sudah dikeluarkan untuk Switch pada awal tahun ini, manakala Dragon’s Dogma akan tiba pada akhir bulan ini. Bersempena dengannya,Grasshopper Manfucature dan Capcom mengumumkan acara kolaborasi di antara dua permainan tersebut.

Bagi Travis Strikes Again: No More Heroes, ia akan menerima barangan di dalam permainan iaitu T-Shirt yang mempunyai rekaan berdasarkan Dragon’s Dogma yang boleh dipakai oleh watak utama permainan tersebut iaitu Travis Touchdown.

Manakala untuk Dragon’s Dogma: Dark Arisen akan mendapat watak Travis Touchdown sebagai Pawn di dalam permainan tersebut. Pawn adalah watak yang boleh dipilih sebagai sebahagian daripada pasukan semasa bermain.

Dragon’s Dogma: Dark Arisen untuk Switch akan tiba pada 23 April 2019.

https://www.youtube.com/watch?v=DW61tBKzmRs


Leave a Reply