Turn 10 Studios iaitu studio yang bertanggungjawab membangunkan siri permainan Forza mengumumkan versi baharu untuk permainan tersebut iaitu Forza Street.
Forza Street merupakan permainan Forza versi yang boleh dimainkan secara percuma. Ia merupakan penjenamaan semula Miami Street yang sudah dikeluarkan di PC. Oleh disebabkan itu bentuk permainan adalah lebih kurang seperti Asphalt.
Permainan ini sudah boleh dimuat-turun di PC melalui Windows Store dan versi permainan mudah alih untuk iOS dan Android akan dikeluarkan pada tahun ini pada suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Ia menyertakan pembelian di dalam aplikasi.
[download]Windows Store: Forza Street[/download]