Nintendo hari ini mengeluarkan kemaskini sistem operasi 8.0.0 untuk Nintendo Switch yang menyertakan pelbagai penambahan untuk konsol hibrid tersebut. Antara penambahan dan penambah-baikkan yang disertakan adalah;
Di paparan “All Software”, aplikasi dan permainan kini boleh disusun mengikut permainan yang paling baru dibuka, nama aplikasi/permainan dan penerbit aplikasi/permainan. (Pilihan “All Software” akan dikeluarkan hanya jika terdapat lebih daripada 13 aplikasi/permainan terpasang)
Bahagian “News” kini membolehkan untuk melihat kesemua berita yang dikeluarkan dengan mengaksesnya melalui Channel List > View More.
Juga disertakan 15 ikon baharu yang boleh digunakan untuk profil akaun. Ikon-ikon tersebut adalah berdasarkan siri permainan Splatoon 2 dan Yoshi’s Crafted World.
Memindah fail simpanan permainan kepada konsol yang lain juga kini dibenarkan. Fail simpanan yang dipindahkan akan dibuang daripada konsol asal.
Bagi pemilik yang mengalami kesukaran untuk membaca penulisan di menu, sistem Zoom disertakan yang akan lebih membesarkan sais penulisan.
Pemilik Switch boleh memilih untuk mengelak daripada konsol Switch bangun daripada tetapan tidur jika terputus daripada sambungan AC Adapter ataupun membuang konsol daripada dok.
Selain daripada itu, kemaskini ini juga menyertakan Parental Control untuk mod VR dan meningkatkan kualiti sistem untuk memberikan pengalaman yang lebih baik.
Kebiasaan, tetapan ini akan dimuat turun secara automatik, anda konsol anda tidak, kemaskini boleh dilakukan secara manual melalui tetapan Software Update.