Informasi Permainan Video Terkini
Santa Monica Studio Kongsi Video Penghargaan Khas Buat Peminat God Of War

Santa Monica Studio Kongsi Video Penghargaan Khas Buat Peminat God Of War

Diterbitkan pada Apr 15, 2019 oleh .

Tidak dapat dinafikan yang mana permainan God Of War yang dilancarkan tahun lepas merupakan salah satu permainan terbaik untuk tahun tersebut dan juga pada masa yang sama merupakan permainan yang memberi impak yang sangat kuat di industri permainan video.

Permainan tersebut bukan sahaja memenangi permainan terbaik untuk tahun 2018 ketika acaca The Game Awards 2018, malah kami sendiri di Aksiz telah memberi markah sempurna buat permainan ini tahun lepas.

Bersempena dengan kejayaan mereka, Santa Monica Studio, iaitu pembangun permainan tersebut berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan karya-karya peminat dan pada masa yang sama memberi penghargaan atas sokongan mereka selama ini.

Antara perkongsian dan penghargaan yang dipertontonkan adalah karya-karya grafiti, Cosplay dan juga perkongsian jenaka bersama bentuk permainan God Of War yang mana pasti merupakan salah satu sebab yang membuatkan permainan ini sangat menarik sekali.

Tambahan itu, bersempena dengan ulang tahun pertama pelancaran permainan tersebut, Sony juga berkongsi satu tema dinamik khas buat Playstation 4 yang anda boleh memuat-turun secara percuma. Namun, dukacitanya ianya tidak tersedia buat rantau Malaysia. Tetapi kami percaya mereka akan melancarkannya secara global, dan jika ya kami pasti akan mengemaskini pautan tersebut.

Selain itu, Sony juga kana melancarkan set avatar khas untuk akaun PSN anda menjelang minggu ini khas bertemakan God Of War. Antara set avatar yang tersedia adalah ikon Kratos, Atreus dan juga Mimir seperti yang diperlihatkan di atas.

Semestinya God Of War merupakan satu permainan yang terbaik sekali untuk tahun lepas di mana pasti permainan seterusnya oleh Santa Monica Studio bakal menjadi satu lagi permainan berjaya buat mereka. Kami di Aksiz juga ingin mengucapkan tahniah buat Santa Monica Studio, atas kejayaan mereka buat siri permainan God Of War.


TIPS & ULASAN