Informasi Permainan Video Terkini
Caravan Stories Kini Dilancarkan – Permainan MMORPG Percuma Buat Playstation 4

Caravan Stories Kini Dilancarkan – Permainan MMORPG Percuma Buat Playstation 4

Diterbitkan pada Apr 15, 2019 oleh .

Aiming Inc minggu ini melancarkan satu permainan bergenre MMORPG, iaitu Caravan Stories di mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui Playstation 4.

Permainan tersebut dilancarkan dengan sokongan bahasa Inggeris untuk rantau Malaysia yang mana ianya asalnya adalah permua yang dilancarkan beberapa tahun lepas dan juga versi PC juga dilancarkan sebelum ini.

Menariknya, permainan ini mempunyai bentuk penceritaan tersendiri dengan lebih dari 100 watak berbeza dengan pelbagai adegan permainan penceritaan yang sangat menarik, terutamanya buat mereka yang meminati genre permainan sebegini.

Dari segi bentuk permainan pula, ianya mempunyai bentuk pertempuran beraksi di mana pemain akan ditempatkan di skrin berbeza setelah bertembung musuh. Menariknya, permainan ini mempunyai bentuk bertempur secara automatik yang pasti akan menyenangkan pemain.

Seperti kebanyakkan permainan MMORPG lain, pemain juga berupaya untuk menghasilkan watak sendiri dengan 5 jenis kaum yang berbeza seperti Manusia, Gessy, Dwaf, Elf dan Ork bersama-sama dengan pilihan jantina.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Caravan Stories, anda boleh muat-turunnya secara percuma melalui konsol Playstation 4 anda.

Muat-Turun PS4: Caravan Stories


TIPS & ULASAN