Dengan bakal tibanya permainan Crash Team Racing Nitro Fueled pada Jun ini, Activision baru-baru ini sering mempromosikan permainan tersebut dengan pelbagai kandungan ianya bakal tiba. Sebelum ini mereka memperlihatkan kostum retro buat pemain Playstation 4 dan terkini, mereka mengumumkan set kostum tambahan baharu iaitu kostum Electron.

Menurut Activision, kostum-kostum tersebut boleh didapatkan melalui pra-tempahan permainan untuk kesemua platform. Terdapat 3 kostum Electron yang akan disediakan untuk 3 watak iaitu untuk Crash, Coco dan juga Cortex.

Menariknya, kostum tersebut bukan sahaja akan mengubah rupa bentuk watak-watak, malah mereka juga akan mempunyai animasi khas tersendiri setiap kali mereka berada di podium.

Crash Team Racing Nitro-Fueled akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 21 Jun 2019 ini.

Sohor Kini