Skip to main content

Bethesda baru-baru ini mengesahkan yang versi fizikal untuk Wolfenstein: Youngblood untuk Switch akan menyertakan kod muat turun dan tidak disertakan kartrij.

Mereka menyatakan perkara tersebut di bahagian FAQ untuk permainan ini selepas penyenaraian permainan tersebut menyatakan permainan ini perlu di muat turun walaupun untuk versi fizikal.

Buat masa ini tiada sebab yang dinyatakan berkemungkinan ia adalah kerana saiz fail permainan ini melebihi had kartrij Switch iaitu sebesar 32GB.

Ini adalah satu perkara yang mengecewakan terutama yang lebih menggemari kartrij berbanding digital. Tambahan ia juga kini tidak boleh dijual sebagai permainan terpakai.

Leave a Reply