Skip to main content

Seperti yang dijanji oleh EA minggu lepas, mereka akhirnya mempertontonkan video acah pertama untuk permainan Star Wars Jedi: Fallen Order yang mana anda boleh tontonnya dibawah.

Star Wars Jedi: Fallen Order merupakan permainan aksi pengembaraan dalam bentuk pandang ketiga yang memfokuskan watak Cal Kestis, iaitu padawan muda yang cuba melarikan diri selepas insiden Order 66.

Melalui permainan ini, pemain perlu berlatih dan belajar cara penggunaan Lightsaber dan pada masa yang sama pemain akan diburu oleh Inquisitors, iaitu pasukan pemburu Jedi oleh Empire.

Buat masa ini, bentuk permainan masih belum dikongsikan. Berdasarkan video acah di atas, permainan tersebut tampaknya memfokuskan bentuk penceritaan solo dan EA juga mengesahkan bahawa permainan ini tidak akan mempunyai sebarang kotak tikam, mikro-transaksi dan sebagainya.

Permainan ini sememangnya dibangunkan oleh Respawn Entertainment, iaitu pembangun yang bertanggungjawab untuk permainan Apex Legends dan Titanfall yang mana adalah permainan penembak pandang pertama. Ianya semestinya satu perkara yang menarik sekali untuk melihat studio tersebut menghasilkan satu permainan aksi yang mempunyai bentuk pertempuran jarak dekat dengan menggunakan Lightsaber.

EA menyatakan bahawa Star Wars Jedi: Fallen Order akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Origin pada 15 November 2019 ini. Sama-sama kita nantikan sebarang informasi lanjut menjelang tahun ini.

Leave a Reply