Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Rage 2 Memfokuskan Variasi Penjahat Yang Disertakan
PC

Video Acah Baharu Rage 2 Memfokuskan Variasi Penjahat Yang Disertakan

Diterbitkan pada Apr 13, 2019 oleh .

Bethesda hari ini berkongsi video acah baharu untuk permainan menembak mereka iaitu Rage 2. Video acah kali ini memperlihatkan pelbagai variasi penjahat yang akan disertakan di dalam permainan ini.

Diceritakan oleh kemungkinan pelakon suara watak utama, beliau mengatakan di dalam dunia Rage 2, segala benda adalah musuh anda termasuk juga setong dan tebing.

Video tersebut juga memperlihatkan The Redneck Mech, Convoy of Death, Cyborg, Samurai Halimunan dan Cyber Crusher yang mempunyai laser di atas kepala. Ia sudah semestinya satu dunia yang menyeronokkan untuk bertempur.

Rage 2 bakal tiba pada 14 Mei 2019 kelak di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN