Skip to main content

The Star Wars Shows kini sedang berlangsung di Chicago untuk meraikan siri Star Wars. Di acara tersebut, Lucasfilm akhirnya mempertontonkan video acah pertama untuk filem seterusnya bagi siri Star Wars iaitu Star Wars Episode IX.

Video acah tersebut memperlihatkan Rey sedang bertempur dengan TIE Interceptor berkemungkinan dipandu oleh Kylo Ren. Rey melompat untuk menyerang terus kapal tersebut ataupun mengelak. Bersama dengan pelbagai aksi lain yang diperlihatkan kedengaran juga suara Luke Skywalker sedang bercakap, memberitahu yang walaupun mereka sudah tiada, tetapi mereka sentiasa bersama dengan Rey(?) ataupun pasukan Resistance secara keseluruhan.

Pada pengakhiran video tersebut, terdengar juga satu gelak tawa yang saya merasakan adalah Palpatine. Adakah beliau masih hidup ataupun sekadar roh sahaja? Video tersebut juga akhirnya memberi judul kepada episod ini, iaitu The Rise of the Skywalker. Membuatkan saya tertanya, adakah ia merujuk kepada Ben Skywalker?

Star Wars: The Rise of the Skywalker akan ditayangkan pada 19 Disember 2019.

Leave a Reply