Informasi Permainan Video Terkini
Beberapa Kandungan Star Wars Dirancangkan Untuk Disney+ – Bermula Dengan The Mandalorian Dan Clone Wars

Beberapa Kandungan Star Wars Dirancangkan Untuk Disney+ – Bermula Dengan The Mandalorian Dan Clone Wars

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

Platform penstriman kandungan hiburan Disney iaitu Disney+ bakal hadir pada 12 November 2019 (terhad kepada beberapa negara sahaja) ini, selain berkongsi perancangan untuk kandungan berdasarkan siri Marvel, Star Wars juga bakal menerima pelbagai kandungan.

Selain Marvel, Star Wars merupakan satu nama yang besar dan sudah semestinya akan digunakan oleh Disney untuk menarik minat pengguna untuk melanggan perkhidmatan mereka. Antara kandungan Star Wars yang akan hadir ke perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut;

The Mandalorian

The Mandalorian merupakan siri aksi nyata berdasarkan Star Wars, ia akan ditulis dan diterbitkan oleh Jon Favreau yang sebelum ini merupakan penerbit untuk siri Iron Man dan Avengers. Siri aksi nyata pertama untuk Star Wars ini berlaku di antara kejatuhan Empire dan sebelum tertubuhnya First Order. Episod pertama siri ini akan hadir bersama pelancaran Disney+ kelak.

Star Wars: The Clone Wars

Musim ke-6 dan untuk siri animasi Star Wars: The Clone Wars berakhir pada tahun 2014 dan kemudian ia tidak menerima sebarang musim baharu. Lucasfilm pada tahun lepas mengumumkan musim ke-7 untuk siri ini akan hadir ke Disney+. Musim tersebut akan mempunyai 12 episod dan akan membawa kembali watak Anakin Skywalker, Obi-Wan Kenobi dan Padmé Amidala, termasuk juga Ahsoka Tano dan Captain Rex. Dirancang tiba pada tahun 2020. Musim 1 – 6 akan disertakan semasa pelancaran perkhidmatan tersebut.

Siri Berdasarkan Cassian Andor

Cassian Andor merupakan antara protagonis di dalam filem sampingan untuk Star Wars iaitu Rogue One. Siri yang masih tidak bertajuk ini, akan mengisarkan mengenai watak tersebut yang terus dilakonkan oleh pelakon asal iaitu Diego Luna. Ia akan berlaku sebelum kejadian di dalam Rogue One. Siri ini dirancangkan untuk tahun 2021.

Filem-filem Star Wars

Kesemua filem-filem Star Wars akan disertakan di dalam Disney+ pada hari pelancaran perkhidmatan tersebut kecuali Star Wars: The Last Jedi, Solo: A Star Wars Story dan Star Wars XI yang mungkin akan tiba kemudian.


Walaupun buat masa ini tiada pengesahan mengenai perancangan untuk perkhidmatan ini tiba di Malaysia, namun dengan harga permulaan RM29 serta kandungan yang agak menarik, Disney+ sudah semestinya satu perkhidmatan berbaloi untuk dilanggan. Bagaimana dengan anda?


TIPS & ULASAN