Baru-baru ini, Square-Enix melancarkan permainan Final Fantasy VII dan Final Fantasy IX di konsol Switch dan Xbox One. Bersempena dengan itu, Square-Enix hari ini melancarkan satu video khas yang mana mereka memperlihatkan di sebalik tabir ketika pembangunan permainan Final Fantasy VII.

Melalui video siri ‘Inside Final Fantasy’ di atas, Square-Enix memperlihatkan sejarah pembangun buat permainan Final Fantasy VII yang mana ianya mempertontonkan sebilangan sesi temu bual bersama pembangun permainan tersebut seperti Yoshinori Kitase, pengarah dan penulis bersama-sama Yusuke Naoro iaitu pengarah seni permainan tersebut.

Bukan sahaja Square-Enix berkongsi berkenaan sejarah bagaimana mereka menghasilkan dunia di dalam Final Fantasy VII, malah video tersebut juga memperlihatkan bagaimana keseluruhan tema pembangun dari bentuk 2 dimensi kepada 3 dimensi.

Walaupun begitu, buat anda yang menanti permainan olahan semula Final Fantasy VII Remake, dukacitanya Square-Enix tidak berkongsi sebarang informasi berkenaannya.

Sohor Kini