Skip to main content

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan dua produk baharu Playstation 4 bakal diperkenalkan pada penghujung bulan ini iaitu berkas Playstation 4 ‘Starter Pack’ dan juga alat kawalan Dualshock 4 berwarna hijau Alpine.

Berkas Playstation 4 ‘Starter Pack’ ini akan menyertakan Playstation 4 Slim, dengan storan 1TB. Menariknya, ianya juga akan menyertakan langganan Playstation Plus selama 1 bulan dan waranti tambahan selama 1 tahun bersama-sama dengan permainan FIFA 19 (Cakera Fizikal) dan Overcooked! 2 (Kod Digital).

Kedua-dua permainan tersebut juga akan disertakan bersama kandungan digital tambahan lain seperti baucar FUT untuk FIFA 19. Menurut Sony, ianya akan dilancarkan pada 26 April ini dengan harga RM1,449.

Selain itu, Sony juga mengumumkan alat kawalan Dualshock 4 baharu yang berwarna hijau Alpine, di mana ia juga akan dilancarkan pada 26 April ini dengan harga RM249. Alat kawalan tersebut akan mempunyai rekaan khas hijau Alpine bersama warna putih di bahagian pemegangn dan butang kawalannya.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua produk ini, ianya akan mula dijual menjelang April ini melalui pengedar-pengedar rasmi Playstation.

Leave a Reply