Ura-ura mengenai Captain America akan mati dalam MCU sudah kedengaran sejak Avengers: Infinity War lagi. Namun itu tidak berlaku dan peminat meramal yang adiwira ini akan mati dalam Avengers: End Game. Antara sebab mereka ramalkan ini adalah, terdapat khabar angin mengatakan pelakon Captain America, Chris Evans telah tamat kontraknya bersama Disney X Marvel.

Terkini, video promosi Avengers: End Game telah diterbitkan. Dalam video promosi ini ia menggabungkan beberapa klip dari video acah sebelum ini. Tetapi apa yang menarik adalah, terdapat satu klip baru yang mempertontonkan babak ucapan inspirasi Captain America. Adakah ini ucapan terakhir Captain America?

Kurang dua minggu sahaja filem ini akan ditayangkan, iaitu pada 24 April. Apakah nasib Steve Rogers/Captain America? Adakah akan ada plot twist? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini